Nuffnang

Friday, March 30, 2012

Faces of UiTM Puncak Alam

Ni lah UiTM Puncak Alam! Salah satu universiti yang tercantik dan terbaru kat Malaysia. Universiti ni baru je dibina dan sudah 3 tahun kot digunakan. Universiti ni terletak di kawasan Puncak Alam yang berdekatan dgn Shah Alam dan Klang dan 30 minit perjalan dari ibu kota Kuala Lumpur menggunakan highway LATAR. Kawasan universiti ni agak luas dan mempunyai jalan sepanjang 8 km dari pintu masuk sehingga penghujung jalan. Sangat jauh. Universiti ini merupakan kampus yang menempatkan Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pengurus Perniagaan dan Teknologi Pejabat dan juga induk kepada program Asasi UiTM. Disini terdapat dua program Asasi yang ditawarkan, Sains dan Kejuruteraan. Dan disini jugalah tempat saya belajar untuk program Asasi. Juga disini terdapat satu keistimewaan yang tiada di universiti lain iaitu TANGGA! Tangga yang lebih tinggi dan lebih byk steps berbanding Batu Caves, Selangor. Lebih kuranag 284 anak tangga terdapat disini. Memang memenatkan for those yang first time berkujung ke sini. Kalau nak turun tangga tu mmg x de masalah sgt, tapi bila nak naik, fuuhh mmg tercabut kaki, hilang semangat nak gi kelas pada keesokan harinya dan peluh tu x payah cakap lah, sebaldi pon x cukup. WAKAKAKA~ tetapi itu bagi somebody yang first timer, for those yang dah berbulan2 duduk kat situ, dah jadi lali dah turun naik tangga. X rasa sakit atau penat pon, padahal rasa seronok dapat naik tangga tu. Dan x rasa pon anak tangga tu byk bila dah lama2 turun naik lagi satu yang spesial nya ialah U ni terletak dalam hutan, i mean bukan la hutan macam taman negara tu. U ni di-surround with pokok2. mmg environment gila lah U ni. Kolej kediaman pon terletak atas bukit and sapa yang ddk tingkat paling tinggi sekali mcam aku, boleh nmpak seluruh kawasan U ni. Mmg best gila la. But the best part is when HUJAN!! kalau hujan tu mmg lebat lah, but after hujan tu, KABUS datang menyerang. TEBAL GILA KABUS. Macam kat Cameron Highland tau. MMg kabus tu litup seluruh kawasan U ni dan bila bukak je tingkap, REFRESHING GILA la u punya environment. Dapat hirup udara segar, sejuk (boleh la kalau nak pakai baju ala ala Korea hehehe) mmg best, pemandangan yang memukau, menawan hati, sedap mata memandang dan sebagainya hehehe. Tetapi setiap benda yang ada PRO mesti ade CONS nya kan, salah satu nya adalah tangga tu lah. Utk siapa yang mempunyai masalah kesihatan, thats the big problem. nak turun naik tu bukan nya senang tambahan lagi penat. Kalau nak ke tangga tu pon kena jalan jauh jugak sbb kolej bukan nya betul2 depan 'tangga keramat tu'. Tapi, kat situ ade bas Rapid KL. So kalau macam sape yang x larat nak berjalan kaki tu, diorg boleh la ambik bas, tapi for those yang ade kenderaan sendiri macam motor atau kereta, digalakkan untuk dibawa. Tapi kalau Asasi, korang boleh bawak motor je lah, kereta x boleh. Kalau nak kereta kena jadi budak Degree dulu. Lagi, U ni terletak dikawasan luar bandar dan bandar yang terdekat pon bandar Klang, kira2 18 KM kalau x silap la. Tp ade je econsave dan McDonald kat sini tp mostly student suka pergi Giant dekat bandar Klang sebab senang ade bas lalu lalang, kalau econsave tu jarang ade bas kat situ. Lagi satu, student Puncak Alam ni selalu memenuhkan diri kat McD tu sbb fast food outlet yang lain semua jauh2 belako termasuk la aku. Kalau lepas exam ke test ke, mesti dialog ni yang terpacul dari mulut student2, "Wei jom makan McD". Mentang2 la dapat KPT, hehehe.